Ahad, 18 September 2011

Ta'aruf dan Perkongsian

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini 20syawal1432H, umat islam seluruh dunia masih lagi berada dalam bulan syawal tahun ke 1432 selepas hijrah nabi Muhamad s.a.w. Alhamdulillah sama-sama kita merafatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t yang masih memberi peluang untuk kita bernafas pada hari ini, yang telah memberi peluang untuk kita membuka mata kembali pada hari ini setelah mati sementara semalam.

Hari ini juga hari ahad bersmaan 18 september 2011, diterbitkan satu page untuk dikongsi bersama yang akan membincangkan tentang perjalanan kehidupan manusia dan umat islam yang dikelilingi dengan muamalat atau urusan jual beli. hampir 90% daripada kehidupan seharian kita berurusan dengan kewangan dan pemilikan sesuatu samada benda yang dimiliki itu secara tangible item atau pun intangible item.

Pada pandangan pertama sebagai pengguna kita tidak ambil berat tentang barangan apa yang dibeli atau dijual asalkan ianya mampu memenuhi fitrah manusia yang inginkan kesempurnaan dan kepuasan apa yang dibeli berbaloi dengan harga yang dibayar dan apa yang dijual memperoleh keuntungan yang besar. Namun pada pandangan ilmuan, ahli kesihatan, para saintis serta syara' terdapat beberapa pemerhatian dan penelitian yang harus dikaji terlebih dahulu sebelum meneruskan urasan muamalat.

Oleh yang demikian, saya sebagai seorang penuntut ilmu duniawi dan mencari keredhaan illahi ini ingin berkongsi pendapat dan meraih pengalaman bersama bagi menyelongkar rahsia dan gelagat muamalat dalam kehidupan kita sekarang.